KUALA LUMPUR – Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam tragedi kebakaran di Hotel Grand Kartal di Resort Ski Kartalkaya, Bolu, Turkiye yang mengorbankan 76 nyawa manakala 51 lagi cedera.
Wisma Putra dalam kenyataan berkata, kerajaan melalui Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul memantau rapi perkembangan susulan insiden kebakaran tragis itu.
“Kerajaan Malaysia menzahirkan ucapan takziah kepada Kerajaan dan rakyat Republik Türkiye serta keluarga dan mangsa yang terlibat.
“Malaysia bersama bersolidariti dan mendoakan agar diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi waktu yang sukar ini,” kata Kementerian Luar.
Untuk sebarang bantuan konsular, Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul boleh dihubungi seperti butiran berikut:
Kedutaan Besar Malaysia di Ankara
Alamat: Büyükesat, Koza Sk. No:56, 06700 Çankaya/Ankara
Nombor telefon: +(90) 312 44635 47/48 +(90) 507 8128406 (selepas waktu pejabat)