PUTATAN- Dua pegawai bomba cedera terkena renjatan elektrik ketika operasi memadam kebakaran di sebuah bangunan di Petagas, di sini, malam tadi.
Pegawai Bomba, Amran Amir, 34, dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu oleh jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk rawatan lanjut.
Seorang lagi mangsa, Pegawai Bomba Kanan II, Sharif Faizul, 38, menerima rawatan di lokasi kejadian oleh pasukan EMRS.
Kedua-dua mangsa dilaporkan stabil, lapor BH Online.