Syarikat penyiaran CNN merancang untuk beralih ke operasi digital

MOSCOW- Stesen penyiar Amerika Syarikat CNN merancang untuk memberhentikan ratusan pekerja ketika ia beralih fokus ke operasi digital, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Menurut CNBC pada Khamis, yang memetik sumber yang boleh dipercayai, langkah ini diambil kerana CNN, yang mempunyai kira-kira 3,500 pekerja merancang beralih daripada operasi penyiarannya ke arah penonton digital global dengan mewujudkan produk langganan digital.

Langkah pengurangan pekerja ini akan membolehkan CNN mengurangkan kos operasi dan menyatukan pasukan, kata mereka, sambil menjelaskan perubahan itu dijangka tidak akan menjejaskan personaliti CNN yang paling dikenali.

CNN turut merancang untuk memindahkan beberapa rancangannya dari Washington dan New York ke Atlanta bagi mengurangkan kos operasi produksi.

Selain CNN, satu lagi rangkaian, NBC turut merancang untuk mengurangkan pekerjanya, tetapi langkah pengurangan pekerja dijangka jauh lebih kecil, iaitu kurang daripada 50 orang, kata dua lagi sumber lain kepada CNBC.

— BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here