KUALA LUMPUR- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) memfailkan saman terhadap pengeluar kopi segera, Power Root Bhd. (Power Root) bagi menuntut RM7.39 juta berhubung pertikaian pembayaran tuntutan insurans.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, Power Root berkata, EXIM Bank menuntut bayaran sebanyak RM675,509.22 untuk dana yang disalurkan menerusi anak syarikatnya, Power Root (M) Sdn Bhd (PRM), Power Root Manufacturing Sdn Bhd (PRMFG), dan Power Root ME Free Zone Company (PRME).

Bank tersebut membuat tuntutan tambahan sebanyak RM6.72 juta berhubung perjanjian polisi insurans berbeza membabitkan anak-anak syarikat yang sama.

Kedua-dua perjanjian dilaksanakan pada 2012.

Selain itu, EXIM Bank juga menuntut ganti rugi am, teladan dan punitif serta faedah dan kos undang-undang.

Power Root bagaimanapun menafikan semua tuduhan dan dakwaan tersebut.

Syarikat itu percaya, anak-anak syarikatnya mempunyai asas yang kukuh untuk mencabar dakwaan berkenaan dengan menegaskan bahawa tuntutan insurans di bawah Polisi Komprehensif telah dikemukakan dengan mematuhi sepenuhnya terma polisi.

Ia juga menegaskan, hak terhadap hutang tertunggak yang merupakan asas kepada tuntutan insurans tersebut, telah diserahkan kepada EXIM Bank.

“Sebarang kutipan hutang tersebut adalah sepenuhnya tanggungjawab EXIM Bank,” katanya.

Pengurusan kes dijadualkan pada 3 Februari depan menerusi e-Semakan.-MalaysiaGazetet

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here