Kamil Ibrahim

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak tidak sepatutnya memfailkan permohonan untuk mahkamah mengeluarkan ‘gag order’ bagi melarang mana-mana pihak membincangkan Titah Adendum bagi membolehkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara menerusi penahanan di rumah.

Ketua Pemuda UMNO Pahang, Kamil Ibrahim berkata, tindakan tersebut telah mencemar dan memberi gambaran buruk bahawa kerajaan cuba menyembunyikan perkara yang sepatutnya diberi perhatian kerana ini melibatkan maruah negara dan kedaulatan raja.

”Di manakah prinsip mereka agungkan dahulu tentang kebebasan dan hak bersuara? Mereka tak sedar ke dalam diam sudah jadi munafik.

”Kami juga kesal dengan kenyataan flip-flop dari pemimpin yang cuba menafikan wujudnya Titah Adendum ini. Tatakelola yang dicanang oleh kerajaan nampaknya sudah ke laut,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Menurut Kamil, jika larangan tersebut diteruskan beliau yakin akan berlaku krisis dalaman yang boleh mengugat kestabilan kepimpinan kerajaan dan tiada makna UMNO berada dalam kerajaan jika tidak bersuara menegak kebenaran.

”Saya tegaskan UMNO adalah satu-satunya parti yang menjunjung tinggi kepentingan Institusi Diraja. Kena ingat, Najib Razak juga adalah maruah UMNO yang perlu kita pertahankan,” katanya,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here