Tangkap layar dari video tular memaparkan sekumpulan lelaki bertindak mengheret lelaki OKU.

KUALA LUMPUR – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menawarkan rawatan kaunseling kepada keluarga seorang lelaki kurang upaya (OKU) yang tular dipukul di sebuah pasar malam di Kemaman, Terengganu, baru-baru ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, mangsa juga merupakan seorang penerima bantuan kebajikan jabatan itu.

“JKM bahagian Terengganu telah tawar sokongan emosi serta kaunseling.

“Namun, keluarga mangsa masih belum sedia menerima sepenuhnya sesi kaunseling itu. Tetapi, kami sedia membantu bila-bila masa yang diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melancarkan Program Sanjungan Ilmu Anjuran Institut Sosial Malaysia (ISM), di sini, hari ini.

“Kejadian ini masih berada di bawah siasatan pihak polis dan kami akan terus memantau perkembangan kes ini.

“Sebarang tindakan susulan akan diambil jika ia berada di dalam bidang kuasa kami,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan orang ramai untuk sentiasa memahami dan menghomati setiap individu termasuk golongan orang kurang upaya (OKU).

“Kita tidak sepatutnya menghukum seseorang itu dengan tangan sendiri kerana ada pihak berkuasa yang boleh mengambil tindakan.

“Jangan kita menyebabkan penderitaan atau kesakitan kepada orang lain,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here