Oplus_16908288

ALOR GAJAH – Kes bekas guru yang didakwa membunuh cikgu, Istiqomah Ahmad Rozi dua tahun lalu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Melaka.

Majistret Dr Teoh Shu Yee mengeluarkan perintah itu selepas mendapat permohonan Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri untuk memindah dan membicarakan kes itu yang dihadapi Mohd. Fadzly Ariffadzilah, 37.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki yang juga bekas guru didakwa pada 19 Ogos tahun lalu at as tuduhan membunuh Istiqomah, 33, di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dia dituduh membunuh Istiqomah yang mayatnya ditemukan dalam keadaan menyayat hati di tepi jalan Kampung Tanjung Rimau Luar, Pulau Sebang di sini antara 26 hingga 31 Disember 2023.

Sabit kesalahan, boleh dihukum gantung atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dengan tidak kurang 12 sebatan.

Pada 26 Disember lalu, guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Masai 3, itu tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja.

Sehari selepas itu, laporan berhubung kehilangannya diterima polis dan kemudian kereta milik arwah ditemui di sebuah pasar raya terkemuka di Pasir Gudang, Johor.

Pada 6 Januari tahun lalu media melaporkan seorang wanita dibunuh dengan kejam apabila bahagian badannya ditemui disumbat dalam tong sampah dan dibuang dalam longkang di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang, Alor Gajah, pada 31 Disember 2023 namun identiti masih belum diketahui.

Pada 12 Ogos 2024, polis mengesahkan mayat tanpa kepala, badan dan tangan yang ditemui dalam tong sampah pada 31 Disember lalu itu adalah milik Istiqomah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here