Gambar hiasan. Foto MALAYSIAGAZETTE.

HULU SELANGOR – Gara-gara mencuri Nescafe, Milo dan minuman keras di sebuah kedai serbaneka, seorang lelaki dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, di sini, hari ini.

Hukuman diputuskan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri selepas tertuduh Abu Bakar Subianto, 39, mengaku salah mencuri 14 paket Nescafe 300 gram, 12 paket Milo 1 kilogram dan dua tin Carlsberg Smooth bernilai RM610.93.

Kesalahan dilakukan di kedai serbaneka 99 Speedmart di Taman Weng Chong, Hulu Bernam, di sini, kira-kira jam 5.30 petang, pada 20 Januari lalu.

Abu Bakar yang juga rakyat Sabah melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang mana boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Seksyen 380 memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda, dan bagi kesalahan kali kedua atau yang kemudiannya hendaklah dihukum dengan penjara atau denda atau sebat.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Asmah Che Wan; manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebelum itu, pihak pendakwaan memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal ke atas tertuduh kerana jenayah yang dilakukan adalah serius.

Pihak pendakwaan juga memohon supaya barang kes tersebut dipulangkan semula kepada pemilik asal.

“Hukuman bertujuan untuk memberi pengajaran bukan sahaja kepada tertuduh, tetapi juga pengajaran dan kesedaran kepada orang awam bahawa kesalahan mencuri adalah kesalahan serius,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here