Empat pemandu cedera dalam kemalangan membabitkan sembilan buah kenderaan di Jalan Senai-Seelong, Kulai hari ini.

KULAI – Empat pemandu cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan sembilan buah kenderaan di Jalan Senai-Seelong, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian kemalangan membabitkan empat buah lori dan lima buah kereta pada pukul 10.30 pagi.

“Siastan mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah lori Hino dipandu lelaki tempatan berusia 50 tahun telah hilang kawalan.

“Pemandu lori Hino telah melanggar belakang Perodua Kancil yang dipandu oleh lelaki tempatan berusi 33 tahun yang sedang berhenti sebelum melanggar enam buah lagi kenderaan lain yang berada di hadapan.

“Lori kemudian terbabas bersama-sama Perodua Kenari yang dipandu lelaki berusia 42 tahun dan masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar sebuah lagi lori yang dipandu oleh lelaki berusia 46 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, akibat kemalangan itu, tiga pemandu kereta dan seorang pemandu lori cedera ringan dan dibawa ke Hospital Temenggong Seri Mahara Tun Ibrahim di sini bagi menerima rawatan.

Sementara pemandu kenderaan lain yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Munisha Aju Anak Hamkah di talian 012-824600,” ujarnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here