Majistret Aini Adilah (tengah) meneliti setiap kotak mercun sebelum meneruskan prosiding di Mahkamah Butterworth, Pulau Pinang hari ini.

BUTTERWORTH –  Pihak polis mengambil masa lebih satu jam menyusun 161 kotak mercun di pekarangan mahkamah di sini hari ini, sebagai persediaan untuk kes pertuduhan seorang lelaki yang didakwa memiliki mercun secara haram.

Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal turut meluangkan masa kira-kira 30 minit untuk melihat barang kes tersebut sebelum prosiding kes dijalankan.

Sejurus meneliti barang kes tersebut, Aini Adilah menjatuhi hukuman denda RM8,500 ke atas tertuduh, Tan Su Xuan, 27, selepas didapati bersalah atas pertuduhan memiliki pelbagai jenis mercun antaranya 60 kotak ‘Happy Boom Assorted Celebration Cake Repeater 139 Shots’, empat kotak ‘Firework shots dan tiga kotak ‘Multiple Shots’.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki 161 kotak pelbagai jenis mercun dan bunga api tanpa permit yang sah di Sungai Puyu di sini, jam 7.30 malam pada 19 Januari lalu.

Tan Su Xuan didenda RM8,500 selepas mengaku bersalah miliki 161 kotak pelbagai jenis mercun dan bunga api tanpa permit yang sah.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Ketika prosiding Timbalan Pendakwa Raya, Airina Syazreen Zainurin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhadap tertuduh susulan jumlah rampasan besar.

Bagaimanapun, peguam, Muhammad Nur Arif yang mewakili tertuduh dalam mitagasi rayuan meminta hukuman dalam bentuk denda minima atas alasan ini merupakan kesalahan pertama tertuduh selain perlu menyara kedua-dua ibu bapanya dengan pendapatan bulanan RM2,500 sebagai pekerja medan selera.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara 10 bulan sekiranya gagal membayar denda. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here