BANGKOK- Ratusan pasangan LGBTQ di seluruh Thailand meraikan pelaksanaan Akta Perkahwinan Sejenis yang berkuatkuasa secara rasmi hari ini dengan mengadakan majlis perkahwinan beramai-ramai di Siam Paragon, di sini.
Selain itu, majlis perkahwinan sejenis turut dirancang di seluruh negara itu dengan penganjur menjangkakan sekurang-kurangnya 1,000 pasangan akan bernikah hari ini.
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra turut menyatakan sokongannya terhadap pelaksanaan akta tersebut.
“Hari ini, bendera pelangi (yang menjadi simbol LGBTQ) berkibar megah di seluruh Thailand,” katanya menerusi hantaran di platform X sambil disertakan video bingkai pelangi.