Pengerusi Mara, Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

KUALA LUMPUR – Kesemua pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Nasional (TVET) diwajibkan untuk menduduki ujian khas bacaan al-Fatihah dan Fardu ain.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Sr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pelajar yang gagal dalam ujian itu akan menjalani program khas intervensi untuk mengukuhkan kefahaman fardu ain mereka.

“Mungkin perkara ini dipandang remeh sesetengah pihak tetapi daripada pengalaman para pegawai di sini, ada pelajar yang bacaan Al-Fatihah mereka tunggang-langgang.

“Jika ada masalah membaca Al-Fatihah, bagaimana ibadah asas solat nak disempurnakan dan ini belum lagi masuk aspek fardu ain dan bacaan al-Quran yang lain,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook, hari ini.

Menurutnya, agenda TVET negara perlulah diintegrasikan dengan elemen pembinaan jati diri dan kerohanian.

“Agama merupakan teras utama dalam memperkasakan dan membentuk sesebuah jati diri.

“Kami tidak mahu hanya melahirkan pekerja mahir, tetapi juga pekerja yang berjati diri dan mempunyai sahsiah yang terpuji,” tambahnya.

Asyraf Wajid turut memberitahu bahawa Mara akan terus mengambil tanggungjawab sebagai perintis dan peneraju program TVET yang memberi impak tinggi.

Hal ini adalah untuk memastikan rancangan kerajaan untuk memartabatkan TVET akan tercapai. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here