Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang pengurus rancangan Felda di Kulai kerana kesalahan salah guna kuasa.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 43 tahun tersebut itu ditahan di pejabat SPRM Johor di sini kira-kira pukul 7 petang semalam.

Difahamkan, tangkapan ke atas suspek dibuat kerana menyalah guna kuasa sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) bagi penyelewengan peruntukkan melebihi RM10,000 dari Tabung Ladang dan Jalan Pertanian untuk kepentingan diri sendiri.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. di felda ni banyak penyelewingan yang hilang begitu sahaja . masa dulu bukan sekarang . aku pernah jadi kambing hitam . jadi bomoh felda tempat aku . aku kerja tak banyak tapi senarai Kong nya penuh . pegawai cakap orang lain duduk tempat aku tak kerja itu . bila terima gaji banyak lah sebab kerja penuh tapi aku terima hari yang aku kerja saja . yang lain pegawai kata untok orang itu yang nama dia tak tulis dalam senarai payseet . aku tak tahu orang itu ada atau tiada . rasanya tak ada pun

Comments are closed.