Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut telah mengeluarkan 33 notis kompaun terhadap peniaga gerai makanan di Tapak Pesta Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut telah mengeluarkan 33 notis kompaun terhadap peniaga-peniaga gerai makanan di Tapak Pesta Pulau Pinang di sini, semalam

Pegawai Operasi Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, M. Shashikumaran berkata, kompaun itu dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk pengendali makanan tidak mempunyai suntikan anti-tifoid, tidak menjalani latihan pengendalian makanan serta tahap kebersihan diri dan premis yang tidak memuaskan.

“Sebanyak 43 gerai jualan makanan dan minuman diperiksa dalam operasi selama tiga jam itu dan 30 daripadanya dikenakan notis kompaun berkaitan keselamatan dan kebersihan makanan.

“Hanya 13 gerai yang didapati mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui di lokasi pemeriksaan semalam.

Pemeriksaan itu pertama kali dibuat di Tapak Pesta Pulau Pinang.

Tambah Shashikumaran, ini merupakan pemeriksaan pertama kali pertama dilakukan pihaknya di gerai makanan dan minuman di tapak Pesta Pulau Pinang.

“Pemeriksaan kita mendapati rata-rata pekerja gerai tidak mengambil kursus pengendalian makanan atas alasan tidak tahu.

”Selain itu, ada peniaga yang tidak memakai apron serta kasut bertutup ketika mengendalikan perniagaan.

“Sehubungan itu, kita harap para peniaga  mereka buang sikap tidak peka dengan isu kualiti keselamatan makanan sebaliknya bertanggungjawab terhadap kebersihan makanan yang dijual,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here