Charles Santiago

CYBERJAYA – Perlis merekodkan kadar air tidak berhasil (NRW) tertinggi dalam negara iaitu kira-kira 62 peratus, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negera (SPAN), Charles Santiago.

Beliau berkata, ia diikuti Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang masing-masing merekodkan NRW sebanyak 50 hingga 58 peratus.

Bagi mengatasi masalah itu, Charles berkata, kerajaan melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air serta SPAN sedang melaksana satu pelan besar-besaran.

“Kita sedang meneliti secara terperinci untuk mencari jalan bagi mengurangkan NRW sebanyak mungkin dalam masa paling singkat supaya pendapatan dapat meningkat.

“Kemampanan kewangan pengendali kita bergantung kepada bagaimana kita mengurus dan menyelesaikan isu NRW,” katanya pada sidang media selepas pemeteraian Pelan Tindakan  Mentransformasikan Perkhidmatan Bekalan Air Perlis, di sini, hari ini.

SPAN turut memeterai satu pelan tindakan bagi memantau dan membantu Syarikat Air Perlis Sdn Bhd (SAP) mencapai beberapa sasaran penunjuk prestasi utama.

Pelan tindakan itu merangkumi kerjasama untuk mengurangkan NRW, meningkatkan kompetensi modal insan dan perbincangan cadangan projek-projek perbelanjaan infrastruktur (CAPEX). – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here