Umai dan ibu saudaranya, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Foto Facebook Siti Nurhaliza.

KUALA LUMPUR – Penyayi remaja yang sedang meningkat naik Ummi Umairah kini sah menjadi artis pertama di bawah pengurusan syarikat milik Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, SN Legacy Sdn. Bhd.

“Alhamdulillah, bermula 1 Januari 2025, Umairah secara rasmi menjadi artis di bawah naungan syarikat saya, SN Legacy Sdn. Bhd.
“Semalam, SN Legacy dan Umairah mengadakan sesi menandatangani kontrak perjanjian sebagai artis dalam majlis penuh sederhana yang dihadiri sebahagian media dan pihak syarikat.
“Majlis ini diadakan setelah Umairah bercuti sekolah dan saya juga sudah pulang ke tanahair dari bercuti.
(Dari kiri), Siti Saerah, Umai dan ibu saudaranya, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Foto Facebook Siti Nurhaliza.
“Karier Umairah sebagai artis kini diuruskan oleh SN Legacy dan sesiapa yang berminat mendapatkan khidmat beliau untuk persembahan dan sebagainya, boleh hubungi kami di [email protected] atau terus berhubung dengan @rozisangdewi
“Selamat datang ke keluarga SN Legacy, Umairah. Semoga menjadi anak seni yang berjaya dalam karier dan pelajaran. Mak Iti dan seluruh team di SN Legacy akan membantu dan memberi panduan, tunjuk ajar dan komitmen terbaik untuk Umairah,” katanya di Facebook miliknya di sini.
Dengan kontrak yang ditandatangani, Umai akan berada di bawah naungan SN Legacy Sdn Bhd selama lima tahun.
Tahun lalu,  Umai membuktikan bakat dengan meraih pingat emas di World Championships of Performing Arts (WCOPA) di Amerika Syarikat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast