Toby Collyer. Foto BBC.

LONDON – Bintang muda, Toby Collyer muncul pemain tengah Manchester United pertama sejak 2003 yang melengkapkan 50 lebih hantaran pada penampilan pertamanya di Old Trafford dalam saingan Eropah.

Dia yang berusia 21 tahun kini mempunyai ketepatan hantaran sekurang-kurangnya 94 peratus di atas padang.

Pengendali Ruben Amorim berkata, Collyer mempunyai kekuatan kaki yang bagus sekaligus membuktikan pemain muda sedang yang mempamerkan peningkatan.

“Dia tahu apa yang beliau perlu lakukan untuk bermain di kelab ini dan dia sangat merendah diri dan apabila anda bekerja keras, anda mempunyai peluang,” katanya.

Pagi tadi, United semakin hampir layak secara automatik ke pusingan 16 Liga Europa selepas kapten, Bruno Fernandes menyumbat gol kemenangan lewat aksi untuk mengalahkan Rangers 2-1 dalam pertembungan ‘Battle of Britain.’

Sementara itu, Fernandes berkata, Collyer tidak memerlukan sebarang bantuan kerana dia seorang pemain muda yang semakin hebat.

“Antara pemain yang mempunyai profesionalisme dan dia berlatih dengan sangat baik setiap minggu.

“Dia mahu belajar, mendengar dan mempunyai kualiti selain agresif dengan atau tanpa bola serta mempunyai kelas tersendiri dalam ruang kecil,” katanya. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here