Seorang maut, manakala lima yang lain parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki enam sekeluarga merempuh sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan akibat masalah tayar di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran hentian rehat dan rawat (R&R) Maran, Pahang.