HAMILTON, KANADA- Terdapat perubahan ketara dalam operasi bantuan kemanusiaan ke Gaza selepas gencatan senjata dilaksanakan, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Timbalan Jurucakap Pejabat Koordinasi Hal-Hal Kemanusiaan PBB, Farhan Haq berkata, bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini sudah mula dapat bergerak ke kawasan-kawasan yang sebelum ini tidak dapat dimasuki.
“Rakan kongsi kami dalam bantuan kemanusiaan di lapangan memaklumkan, operasi semakin baik.
“Semalam, organisasi-organisasi bantuan kemanusiaan di lapangan berkata, 118 trak yang membawa bungkusan makanan dan tepung dari gudang UNRWA berjaya menghantar bantuan tersebut ke 60 pusat pengedaran di seluruh selatan Gaza.
Gencatan senjata yang bertempoh enam minggu bermula Ahad lepas.- MalaysiaGazette