SEPANG – Malaysia perlu membina kekuatan dalaman bagi menghadapi dasar Amerika Syarikat (AS) yang semakin tidak menentu.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembinaan kekuatan dalaman negara ketika ini berada pada tahap yang kritikal untuk menghadapi dasar-dasar terkini Amerika Syarikat.
Katanya, kerajaan perlu memperjelaskan keadaan yang dihadapi pada waktu ini yang menurut perdana menteri penuh dengan cabaran dan persaingan.
Selain memperkuatkan rakyat dengan ilmu dan kemahiran, Anwar berkata, beliau juga akan berusaha memperkukuhkan ASEAN sebagai strategi membina kekuatan dalam menghadapi ketidaktentuan dasar Amerika Syarikat
“Dengan dasar Amerika Syarikat yang kita menentu kita harus bina kekuatan dalaman yang bagi saya sangat mendesak, sangat asasi. Saya tumpukan untuk perkukuhkan semula dengan ASEAN, sebagai kekuatan.
“Jadi kalau boleh kita jelaskan betul-betul dalam dunia yang mencabar dan penuh persaingan dan ketidaktentuan ini. Rakyat mesti digerakkan untuk menguasai ilmu, menguasai kemahiran dan mempunyai satu semangat untuk angat maratan negara dan bangsa,” kata Anwar kepada media.
Beliau ditemui selepas makan tengah hari dan menunaikan solat Jumaat bersama kakitangan dan mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dengkil, di sini hari ini.
Presiden baharu AS Donald Trump sejak mengambil alih pentadbiran pada Isnin lalu merombak dan memperkenalkan beberapa dasar baharu secara drastik yang menimbul kebimbangan dunia.
Sementara itu, Perdana Menteri turut ditanya mengenai hasil lawatan ke empat buah negara iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE), United Kingdom (UK), Belgium dan Switzerland dalam bulan pertama tahun 2025.
Anwar berkata, daripada pemerhatiannya, beliau melihat di empat negara tersebut memberi tumpuan utama antaranya terhadap teknologi kecerdasan buatan (AI).
“Satu hal yang sangat mengesankan dunia sekarang walaupun dengan pebagai rencah dan rencam politik, tumpu soal ekonomi, soal peningkatan budaya ilmu, kemahiran, keterampilan, AI.
“Jadi kita kembali mohon rakyat kita fokus dalam bidang itu kalau tidak kita akan ketinggalan,”kata Anwar.-MalaysiaGazette