Anis Rizana Mohd Zainudin

KUALA LUMPUR – Enam pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan dan pengelakan cukai melibatkan rokok elektronik (vape) baru-baru ini, telah ditukarkan ke bahagian tidak kritikal berkuat kuasa hari ini.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin berkata, mereka tidak lagi ditugaskan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sehingga siasatan selesai.

Beliau menegaskan JKDM tidak akan berkompromi atau melindungi pegawai yang terlibat dalam salah laku, pelanggaran integriti, atau jenayah rasuah.

“Sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab dalam mengutip hasil negara, setiap warga JKDM bertanggungjawab melaksanakan amanah ini dengan penuh dedikasi dan integriti,” katanya sambil  dan menyeru agar semua anggota JKDM berkhidmat dengan penuh ikhlas, cekap, tangkas dan berintegriti.

Baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan 13 individu termasuk enam pegawai kastam dalam Ops Airways membabitkan sindiket penyeludupan vape di Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

SPRM menahan dua lori yang keluar dari pusat pemeriksaan kargo KLIA sewaktu serbuan secara besar-besaran dilakukan di dua gudang penyimpanan syarikat terbabit.

Hasil pemeriksaan bersama Bahagian Penguatkuasaan Kastam menemui 32,000 vape yang dianggarkan mempunyai cukai bernilai RM1.9 juta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here