Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain

KUALA LUMPUR- Seorang pelawak dan pelakon yang dipercayai membuat hantaran dalam akaun Facebooknya mengenai isu ham yang didakwa menghina agama Islam, telah dipanggil polis bagi membantu siasatan.

Mengesahkan perkara berkenaan, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata keterangan daripada pelawak berumur 54 tahun itu dirakam Rabu lepas.

Beliau berkata pihaknya turut mengenal pasti identiti seorang lagi individu yang mempunyai kaitan dalam kes terbabit dan dalam proses mengesannya.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/01/21/polis-siasat-lawak-hamsap-harith-iskandar/

“Setakat ini, sebanyak 16 laporan polis diterima berkaitan isu ini di seluruh negara dan satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 298 dan 505 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pelakon itu didakwa memuat naik hantaran itu ketika kontroversi status halal sandwic ham and cheese baru-baru ini yang didakwa membuka ruang mempersendakan agama Islam.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here