KUALA LUMPUR – Jersi rasmi baharu yang bakal digunakan skuad bola sepak Indonesia hanya menggunakan jenama sukan tempatan iaitu Erspo.
Jersi pasukan di ranking ke-127 dunia itu bakal digunakan menjelang baki saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dengan menggunakan warna ikonik skuad Garuda iaitu merah dan putih.
Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI) menjalinkan kerjasama bersama Erspo selama dua tahun dengan jersi itu mengenakan tema Pusaka: Semarak Kebanggaan Indonesia.
Indonesia baru-baru ini mengumumkan kehadiran Ketua Jurulatih Indonesia yang baharu, Patrick Kluivert menggantikan Shin Tae-yong.
Bekas legenda Belanda itumenandatangani kontrak dua tahun dan memiliki pilihan untuk melanjutkan tempoh pimpinannya kepada dua tahun tambahan. – Agensi