JKTSM laksanakan operasi bersepadu di seluruh negara Foto JKTSM

KUALA LUMPUR- Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) memulakan tahun baharu 2025 dengan melaksanakan operasi bersasar secara serentak di seluruh negara, semalam.

Operasi yang dilaksanakan dengan kekuatan anggota penguatkuasa seramai 92 pegawai dari seluruh 13 jabatan melibatkan sebanyak 35 premis pekerjaan dalam sektor pembuatan sebagai sektor sasaran pertama.

JKTSM dalam kenyataan berkata, operasi bersepadu itu mencakupi bidang kuasa semua jabatan dan agensi yang terlibat.

Antara akta yang diperiksa sepanjang operasi bersepadu itu adalah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446] dan Akta Kerja 1955 [Akta 265] di bawah JTKSM, Akta di bawah JIM, Akta Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) dan yang berkaitan.

“Kesemua kesalahan dan pelanggaran yang dilakukan dan dikesan sepanjang operasi akan diambil tindakan tegas selaras peruntukan perundangan yang dikuatkuasakan oleh semua jabatan dan agensi yang terbabit dalam operasi ini,” katanya hari ini.

Tambah kenyataan itu lagi, operasi bersepadu bersasar itu akan diteruskan dalam pelbagai sektor lain bagi memastikan tiada pihak yang boleh memperlekehkan undang-undang perburuhan negara.

Operasi itu juga sangat perlu dalam memastikan semua pemain industri sentiasa peka dan meningkatkan pematuhan terhadap semua akta yang dikuatkuasakan di bawah Kementerian Sumber Manusia tanpa mengira jabatan serta agensi dan juga Kementerian, jabatan dan agensi lain yang berkenaan.

Selain JTKSM dan JTK Negeri, operasi bersepadu ini juga turut disertai oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan juga Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here