Tangkap layar menunjukkan lelaki menggantung dan memukul seorang kanak-kanak menggunakan getah paip.

GEORGE TOWN – Pertubuhan Damai Revolusi Masyarakat mendesak polis menyiasat satu rakaman video tular yang menunjukkan kanak-kanak lelaki didera tanpa perikemanusiaan oleh seorang individu.

Pengerusinya, P.Shandrsegar berkata, tindakan undang-undang perlu diambil terhadap pelaku bagi memastikan pembelaan terhadap mangsa.

“Kita kesan video tular yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki digantung dengan keadaan kakinya di atas sebelum dipukul dipercayai menggunakan getah paip oleh seorang lelaki.

Shandrsegar.

“Kita tidak pasti kejadian itu berlaku di mana namun kita mahu pihak polis untuk menjalankan siasatan termasuk memberkas si pelaku.

“Kita juga berharap pengendali media sosia  menurunkan video tersebut bagi mengelak trauma tambahan kepada mangsa atau kanak-kanak lain yang melihat rakaman tersebut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tambah Shandrsegar, tindakan segera perlu diambil agar ia menjadi pengajaran sekali gus mengelakkan kejadian sama berulang.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 29 saat di Facebook menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki berada dalam keadaan separuh bogel dipukul menggunakan getah paip.

Kanak-kanak tersebut dilihat meronta kesakitan namun lelaki yang dipanggil sebagai ‘papa’ itu tidak mempedulikan kata-kata mangsa dan meneruskan tindakannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here