Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa

KUALA LUMPUR –  Polis belum menerima notis pemberitahuan lengkap bagi penganjuran ‘Himpunan Rakyat Benci Rasuah’ yang akan berhimpun di Kompleks SOGO dan berarak ke Dataran Merdeka, esok.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, dalam notis tersebut mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada pemilik tanah iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sebelum ini, polis meminta penganjur melengkapkan notis pemberitahuan itu kerana tidak disertakan salinan persetujuan pemunya atau penghuni tempat perhimpunan.

“Kuala Lumpur ini ada dua tempat yang digazettekan untuk berhimpun iaitu di Dataran Merdeka dan Padang Merbok milik DBKL, bagi menggunakan tempat ini dikenakan bayaran.

“Ini kerana setiap kali ada perhimpunan pasti akan berlakunya  kerosakkan dan sekiranya ada, bayaran itu sebagai cagaran untuk menanggung kerosakkan dalam himpunan tersebut.

“Kita memberikan kebebasan seluas-luasnya pada orang ramai (berhimpun) tapi ia bukan hak mutlak kerana perlu melalui proses undang-undang,” katanya dalam sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Polis Kuala Lumpur, di sini hari ini. 

Tambah beliau, penganjur perlu mendapatkan kebenaran pemilikan tanah untuk berhimpun mengikut undang-undang Akta Perhimpunan Aman 2012.

Rusdi juga memaklumkan, mereka perlu mematuhi peraturan antaranya tidak boleh membawa kanak-kanak dan banting yang tertera perkataan bukan-bukan serta perarakan.

“Kita akan menggerakkan kira-kira 400 pegawai dan anggota untuk ditugaskan mengawal serta memantau penganjuran perhimpunan esok namun buat masa ini, tiada penutupan jalan akan dilakukan namun ia bergantung kepada keadaan semasa esok,” ujarnya.

Difahamkan, himpunan itu akan berkumpul di hadapa Sogo jam 2.30 petang sebelum berarak di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman dan akan berakhir di Dataran Merdeka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here