KUALA LUMPUR – Dr. Azmi Hassan menempelak Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal selepas pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu mengingatkankan Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah supaya jangan teruja dengan apa yang diperkatakan oleh ahli akademik itu.

Wan Ahmad Fayhsal memberi komen tersebut dalam hantaran Mohd Shahar dengan berkata, Azmi bukan pakar geopoliti.

Komen itu dibuat selepas Mohd Shahar menulis dalam akaun Instagramnya mengenai pertemuannya dengan Azmi pagi tadi.

“Pagi ini, saya mengambil peluang untuk berjumpa dengan Prof. Dr Azmi Hassan, Pakar dalam bidang geostrategis.

Ambil peluang di hari jumaat ini berguru dengan beliau untuk dapatkan pandangan beliau dalam konteks geopolitik dunia sebagai input untuk sesi sidang Parlimen yang akan datang ini. Terima kasih Prof sudi luangkan masa untuk hari ini”.

Wan Ahmad Fayshal kemudian tulis “Minta maaf dia bukan pakar Geopolitik. Jangan angkat lebih sangat”.

Mengulas komen Ahli Parlimen Machang itu, Azmi secara sinis berkata, memang betul beliau kadang-kadang perasan sebab itu beberapa media antarabangsa sering menghubunginya untuk meminta pendapat.

“Betul ambo kenkadang perasan sebab itu jua media antarabangsa spt CNA Spore, BBC London, AlJazeera Qatar, WION New Delhi, Radio Free Asia dan Voice of America sering calling2 utk minta pendapat.

“Malah CGTN Beijing sejak serangan 7 Oktober sudah 68 kali temuramah ambo hal Perang Gaza. Sorry YB Machang ya krn mungkin ambo sebelum ini kritikal terhadap kepimpinan Bersatu. Tang ni mungkin bukan kepakaran ambo,” katanya.

Komen Wan Ahmad Fayshal itu mendapat maklum balas daripada netizen.

Pemegang akaun hdyt_98 berkata: “@wanfayhsal sibuk je yb PN ni. Yb sorg je pakar it pakai ekonomi jaguh sukan dn juga jutawan.

aluwiismail_84 pula berkata: @wanfayhsal baik jauh Prof Dr. Azmi la dari demo tu wanfaysal..demo ni sembang kari je lebih tindakan takdak pun. jadi MP pun caiii jer”. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here