Datuk Hussein Omar Khan. Foto FAREEZ FADZIL

KUALA LUMPUR – Cubaan menyerang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan parang yang sedang melakukan rondaan, punca lima lelaki warga asing ditembak di perairan Tanjung Rhu, Banting, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu daripada pegawai perubatan di Zon Merah, Jabatam Kecemasan Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.

Katanya, pengadu yang bertugas jam 7.30 pagi semalam telah menerima tiga pesakit lelaki warga asing dalam keadaan sedar dan mengalami kecederaan kesan tembakan di badan.

“Polis yang melakukan siasatan mendapati bot yang dinaiki suspek telah melanggar bot APMM sebanyak empat kali sebelum dua daripada mereka cuba menyerang pegawai penguat kuasa dengan parang.

“Atas faktor keselamatan dan mempertahankan diri, anggota  APMM melepaskan beberapa das tembakan ke arah bot dinaiki suspek yang kemudian melarikan diri dalam gelap.

“Pada jam 9 pagi, pihak APMM menerima maklumat terdapat sebuah bot terdampar di pesisir Pantai Banting dan menjumpai dua lelaki tidak sedarkan diri serta menundanya ke pangkalan APMM di Pelabuhan Klang untuk bantuan ambulans,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Hussein, hasil pemeriksaan mendapati seorang lelaki telah meninggal dunia manakala seorang lagi mengalami dalam kecederaan kritikal dan telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah bagi rawatan lanjut.

Tambah beliau, siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 307 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960. – MalaysiaGazette

Lelaki Indonesia maut, rakan cedera dalam bot di Pulau Carey

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here