Cameron Highlands, Pahang. foto AQIRA AZEMI

KUANTAN – Semua laluan menghala ke Cameron Highlands adalah selamat untuk digunakan pengunjung yang berhasrat untuk ke kawasan peranginan itu.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintenden Azri Ramli berkata, pengunjung dari luar dan dalam negara tidak perlu khuatir sekiranya mempunyai perancangan melancong ke Cameron Highlands.

“Kami sentiasa melakukan pemantauan secara berkala di semua laluan keluar dan masuk membabitkan dari Tapah, Simpang Pulai, Sungai Koyan dan Gua Musang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menjawab laporan media yang mendakwa kenyataan secara efektif dilakukan bagi memaklumkan laluan untuk ke Cameron Highlands telah kembali selamat untuk dikunjungi.

Laporan itu melaporkan dakwaan peniaga makanan dan pasar malam di Cameron Highlands berisiko gulung tikar kerana pengunjung dipercayai tidak diberitahu kawasan itu selamat untuk dikunjungi.

Azri berkata, sebelum ini, pihak berwajib juga telah mengeluarkan notis pemberitahuan.

Baru-baru ini, laluan utama ke Cameron Highlands ditutup susulan kejadian tanah runtuh dan banjir kilat berlaku di beberapa laluan terlibat baru-baru ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here