Empat tebusan yang dijangka dibebaskan oleh Hamas. foto Today Headline

TEHRAN – Seramai 200 orang rakyat Palestin akan dibebaskan dalam pusingan kedua pertukaran tahanan antara Hamas dan rejim zionis dalam Perjanjian Gencatan Senjata

Pejabat Maklumat Banduan berkata, selepas Hamas mengumumkan nama tahanan Israel termasuk empat tentera wanita, yang dijadualkan dibebaskan esok, “kami kini menunggu senarai tahanan Palestin”, lapor Sama, agensi berita Palestin.

Menurut laporan itu, senarai tahanan Palestin yang akan dibebaskan itu termasuk 120 banduan dengan hukuman penjara seumur hidup dan 80 banduan dengan hukuman jangka panjang, seperti yang dinyatakan dalam perjanjian tersebut.

Semalam, Hamas telah menamakan empat tebusan untuk dibebaskan pada hari Sabtu di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza.

Mereka adalah askar Karina Ariev, Daniella Gilboa, Naama Levy dan Liri Albag.

Mereka akan dibebaskan sebagai pertukaran untuk 200 tahanan Palestin yang ditahan di Israel.

Ia akan menjadi pertukaran kedua seumpamanya sejak gencatan senjata berkuat kuasa Ahad lalu.

Tiga tebusan dan 90 banduan dibebaskan dalam pertukaran pertama. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here