Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Malaysia dan ASEAN berpegang teguh pada prinsip kepusatan blok ini, yang mana rantau ini bebas bekerjasama dengan Amerika Syarikat, China, India, Eropah dan negara-negara lain tanpa perlu memihak atau terikat dengan konflik luaran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keterangkuman dan kemampanan ini harus menjadi tunjang kebangkitan negara ini dan ASEAN, dengan memilih perkongsian kemakmuran secara adil tanpa ada yang terkecuali.

Beliau yang melahirkan rasa syukur kerana misi Malaysia di empat negara berakhir, menyifatkan lawatan ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), United Kingdom, Belgium dan Switzerland. memperkukuhkan hubungan dua hala, menarik pelaburan dan meningkatkan perdagangan.

“Meskipun rencam politik, pimpinan dan rakyat negara-negara ini memberi tumpuan penuh pada ekonomi, budaya ilmu, kemahiran, keterampilan dan kecerdasan buatan.

“Sikap ini harus kita teladani ketimbang sepanjang masa berbicara soal titik bengik yang memecah belah dan merugikan,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Anwar, beliau turut gunakan misi ini untuk menjulang hubungan erat ASEAN sebagai kekuatan rantau ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here