KUANTAN – Seorang lelaki disyaki lemas selepas terjatuh dari sebuah bot di Jeti Sungai Puteri, Kuala Rompin petang tadi.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira pukul 6 petang tadi.
Sejurus menerima laporan, tujuh anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Rompin dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Seorang lelaki berusia anggaran 40 tahun dilaporkan terjatuh dari bot dan hanyut, manakala seorang lagi lelaki bersamanya terselamat,”katanya dalam kenyataan malam ini.
Susulan itu, pasukan bomba membua pencarian di kawasan tepi sungai dan turut mengaktifkan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Pekan ke lokasi. – MalaysiaGazette