Abdul Aziz Mohd Yusof melancarkan Kempen Bulan Kesedaran Tunai Fidyah peringkat negeri Selangor hari ini.

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mensasarkan jumlah kutipan fidyah sebanyak RM16 juta pada tahun ini dengan agihan sebanyak RM12.4 juta.

Sasaran ini ditetapkan agar lebih ramai masyarakat Islam menerima manfaat dan bantuan dalam mereka menjalani kehidupan seharian.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pada tahun lalu, MAIS berjaya membuat kutipan fidyah berjumlah RM12.9 juta dan telah mengagihkan sumbangan fidyah sebanyak RM13,014,200 kepada 50,054 penerima yang layak.

Menurutnya, daripada jumlah agihan RM13,014,200 itu, sebanyak RM4,451,526.00 diperuntukkan sumbangan berupa Agihan Fidyah MAIS (AFM) Kotak Makanan, AFM Ejen Dapur Fidyah berjumlah RM1,346,474, AFM Tunai sebanyak RM2,374,500 dan AFM Wang Saku Pelajar berjumlah RM4,841,700.

Untuk mencapai sasaran itu, beliau berkata, MAIS akan melancarkan Kempen Bulan Kesedaran Tunai Fidyah peringkat negeri Selangor bermula hari ini hingga 28 Februari sebagai satu usaha memberi kesedaran dan menyampaikan informasi terkini berkaitan fidyah khususnya di negeri ini.

Sepanjang kempen itu, pelbagai aktiviti menarik telah disusun antaranya ialah Pembukaan Kaunter Rundingcara, Aktiviti Hari Bersama Baitulmal, Tazkirah Jumaat, Kuliah Maghrib Khas, Siaran Langsung di Tik Tok & Facebook MAIS dan Ops Fidyah di lokasi terpilih.

“Tujuan kempen memberikan kefahaman dan kesedaran kepada masyarakat Islam untuk melunaskan hutang fidyah, di samping menggalakkan masyarakat Islam menggantikan puasa lebih awal sebelum bertemunya bulan Ramadan yang akan datang,” katanya semasa pelancaran kempen itu hari ini.

MAIS melantik Lembaga Zakat Selangor (LZS), Malaysia E-Government (MYEG), Bank Muamalat Malaysia Berhad, As-Salihin Trustee Berhad dan Rakyat Trustee Berhad sebagai ejen kutipan fidyah bagi menyebarluaskan kutipan fidyah terutama di negeri Selangor iaitu

Selain itu, MAIS juga bekerjasama dengan RSAFM bagi membantu menyampaikan sumbangan fidyah terus kepada mereka yang layak dengan menggunakan peruntukan fidyah secara efisyen, menyeluruh dan menepati golongan penerima.

Bagi memudahkan umat Islam melunaskan fidyah, MAIS menyediakan platform digital kalkulator fidyah iaitu pembayaran secara dalam talian yang boleh didapati di portal rasmi MAIS iaitu www.mais.gov.my .

Pembayaran fidyah juga boleh dilaksanakan melalui ejen kutipan fidyah MAIS seperti di LZS yang turut menyediakan kemudahan bayaran melalui
kaunter dan secara dalam talian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here