Sesi demonstrasi teknologi peralatan rehabilitasi kaki yang dibangunkan oleh UTeM iaitu Wearable Assistive Lower Limb Exoskeleton (WALLEs) dan Assistive Lower Limb Chair (ALLC) telah dijalankan kepada komuniti yang hadir.

 

MELAKA – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya melaksanakan program Pemulihan Fisioterapi Dalam Komuniti Melalui Teknologi Rehabilitasi di Serkam, Melaka, baru-baru ini.

Ketua Projek, Profesor Madya Ir. Dr. Mariam Md Ghazaly berkata, program ini bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan pemulihan fisioterapi untuk komuniti B40 di kawasan setempat dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Serkam.

Inisiatif ini memastikan kepakaran institusi TVET ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pendudukMelaka.

Jelasnya, kebanyakan pesakit dalam kalangan ahli komuniti berdepan dengan permasalahan untuk mendapatkan sesi fisioterapi secara bersepadu kerana terdapat beberapa kekangan dalam aspek kewangan, akses dan kesediaan kemudahan fasiliti.

Katanya, berteraskan kepada senario ini maka kami yang terdiri daripada sekumpulan penyelidik telah terpanggil untuk menyumbangkan kepakaran dimiliki membangunkan peralatan fisioterapi berteknologi tinggi bagi membantu golongan yang memerlukan ini.

“Dengan mengaplikasikan kepakaran kejuruteraan UTeM, beberapa peralatan rehabilitasi berteknologi tinggi telah dibangunkan, termasuk 2 alat rehabilitasi kaki yang inovatif untuk mempercepatkan pemulihan pesakit strok, kemalangan atau pembedahan.

“Selain itu, menerusi program ini UTeM turut menyumbang alat rehabilitasi tangan (Hand Rehab) dan pelbagai peralatan sokongan fisioterapi lain yang bertujuan membantu meningkatkan kualiti hidup pesakit,” katanya.

Dr. Mariam berkata, projek ini dibiayai menerusi geran Program Komuniti Universiti Awam (Komuniti @Unimadani) Fasa 2, 2024 oleh Kementerian Kewangan Malaysia yang disalurkan melalui Pusat Pengurusan Kolaborasi (RICE), UTeM.

“RICE UTeM turut menjadi penghubung utama antara kumpulan penyelidik UTeM dan pihak komuniti terutamanya golongan sasaran yang menjadi fokus utama keberhasilan program ini dan dana program ini telah disalurkan bermula pada 1 Julai 2024 sehingga 31 Disember 2024 lalu dan telah dimanfaatkan sepenuhnya untuk peralatan rehabilitasi dan demonstrasi kepada komuniti,” ujarnya.

“Antara pengisian utama adalah demonstrasi teknologi peralatan rehabilitasi kaki yang telah dibangunkan oleh kumpulan penyelidik UTeM iaitu Wearable Assistive Lower Limb Exoskeleton (WALLEs) serta Assistive Lower Limb Chair (ALLC) dan demonstrasi sarung tangan automatik pemulihan tangan juga turut dijalankan.

“Menerusi program ini seramai 40 orang pesakit di kawasan ini telah menikmati kemudahan peralatan fisioterapi ini dan membawa harapan baharu kepada mereka menikmati proses pemulihan ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here