LONDON – Pemain sayap Manchester United, Antony meluahkan rasa teruja apabila perpindahannya sebagai pemain pinjaman ke Real Betis telah selesai.
Pemain 24 tahun itu tiba di Sepanyol untuk menyertai kelab La Liga itu sehingga akhir musim.
Antony mengharungi tempoh sukar di United sejak tiba dari Ajax pada tahun 2022 sejak berpindah dari Ajax dengan harga £86 juta (RM490 juta) pada tahun 2022.
Dia hanya meledak 12 gol dan melakukan lima umpanan gol dalam 96 penampilan untuk United.
Real Betis hanya perlu membayar 84 peratus gaji Antony dan diberi pilihan untuk menandatanganinya secara tetap.
Pemain antarabangsa Brazil bakal berdepan cabaran baharu selepas tidak memulakan sebarang aksi liga untuk United musim ini.
Real Betis berada di tangga ke-12 La Liga dan berada di peringkat play-off Liga Konferens Eropah menentang Gent. – Agensi