KUALA LUMPUR – Seorang ahli kumpulan One Nation Emcees, Nur Hasan Balas rebah sebelum meninggal dunia ketika ijtimak tabligh di Masjid Sri Petaling, hari ini.
Perkhabaran duka kehilangan Nur Hasan ataupun lebih dikenali sebagai Jojo itu dikongsikan menerusi Facebook Maulana Helmi.
Jojo menyertai ijtimak Qudamak Seri Petaling dan rebah sewaktu doa penutup dibacakan.
Menurut rakannya, Mimy Fly yang dipetikan mStar memaklumkan arwah pernah mengalami strok beberapa bulan lalu.
“Saya dapat tahu dia tiba-tiba rebah di masjid ketika perjumpaan kumpulan tabligh.
“Baru tadi saya dapat panggilan daripada isterinya yang berada di Taiping. Saya tidak tahu lagi secara terperinci,” katanya.- MalaysiaGazette