KUALA LUMPUR – Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan Education Malaysia Egypt (EME) sedang memantau rapi situasi membabitkan lapan pelajar Malaysia Universiti Al-Azhar yang terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke Port Said, Mesir.
Pegawai Education Malaysia Mesir segera melawat pelajar di Hospital As Salam Port Said untuk memberikan bantuan dan menilai keadaan mereka.
Menurutnya, lima daripada pelajar itu mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.
Manakala tiga lagi yang dalam pemerhatian akan dipindahkan ke Hospital Sayed Galal di Kaherah untuk rawatan berterusan.
Kedutaan Malaysia di Kaherah telah memberikan sokongan kepada para pelajar dan akan terus memantau keadaan dengan teliti untuk memastikan kesejahteraan mereka. – MalaysiaGazette
8 penuntut Malaysia di Universiti Al-Azhar terlibat dalam kemalangan