PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

CHUKAI – Seorang pempengaruh media sosial telah ditahan polis hari ini kerana mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan di laman sosial berkaitan kes seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) kategori ketidakupayaan mental yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai pada 17 Januari lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, DSP Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata, lelaki berusia 36 tahun itu ditahan di sebuah hotel di Segamat, Johor, kira-kira pukul 6.55 pagi tadi.

Beliau berkata, suspek direman sehingga esok untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Khamis lepas, kami menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 40 tahun yang memaklumkan terdapat satu hantaran berbaur ugutan berhubung kes pukul tersebut di laman sosial milik pempengaruh berkenaan.

“Saya ingin mengingatkan orang ramai, tanpa mengira latar belakang supaya tidak memuat naik sebarang kandungan yang boleh menimbulkan atau mencetuskan kegusaran awam,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, mangsa, Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47, telah dibelasah oleh beberapa individu di pasar pagi berkenaan selepas motosikal yang ditunggangnya memasuki tapak jualan dan terlanggar salah sebuah gerai sehingga menyebabkan barangan jualan di gerai itu terjatuh. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here