Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah. Foto: BAM

KUALA LUMPUR – Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah kempunan menjulang gelaran juara Masters Indonesia apabila sekali lagi tunduk kepada pasangan Korea Selatan, Kong Hee Yong-Kim Hye Jeon di pentas final, hari ini.

Pasangan ketujuh dunia itu tewas 12-21, 21-17, 18-21 yang merupakan kekalahan kedua berturut-turut pasangan ketujuh dunia berkenaan kepada Hee Yong-Hye Jeon yang baru bergandingan tahun lalu.

Sebelum ini, pilihan kelima kejohanan itu sebelum ini mengalahkan Pearly-Thinaah di separuh akhir Terbuka India, minggu lalu.

Keputusan turut menyaksikan Pearly-Thinaah terlepas habuan besar AS$37,525 (RM164,284) untuk juara dan terpaksa berpuas hati membawa pulang AS$18,050 (RM79,022).

Turun sebagai pilihan kedua di Istora Senayan, Jakarta, kali terakhir Pearly-Thinaah meraih gelaran juara adalah di Terbuka Hong Kong pada September tahun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here