Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Mohamad Sabu berucap pada ucapan penggulungan Konvensyen Nasional 2024 Parti Amanah Negara (AMANAH) di KSL Esplanade, Klang, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 26 JANUARI 2025.

KLANG – Parti Amanah Negara (Amanah) boleh menang berbelas kerusi di Kelantan pada pilihan raya akan datang, kata Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Jelasnya, ia tidak mustahil sekiranya parti itu di negeri berkenaan mengamalkan perpaduan.

Terdahulu Mohamad mengakui berlaku pergolakan dalam kalangan Amanah di Kelantan.

“Memang sukar nak hadapi parti lawan yang memerintah negeri (Kelantan)  tapi  yakin pilihan raya akan datang kalau perpaduan kita baik kita akan menang berbelas kerusi di Kelantan.

“Rakan-rakan Amanah di Kelantan memang bergolak, kenapa?

“Sebab semua nak tunjuk kamilah hebat maka berlakulah pergolakan,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan Konvensyen Nasional Amanah, di sini, hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata, pergolakan menunjukkan bahawa Amanah berpotensi untuk berkembang.

“Sebab itu bila saya dengar ada pergolakan di satu kawasan saya tenang sebab (nanti) tentu (Amanah) di kawasan ini maju,” katanya lagi.

Pas menang di 43 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 2023.

Sementara itu Mat Sabu berkata, pemimpin dalam Amanah sedia menerima kritikan yang membina.

Ujarnya perbezaan pandangan tidak bermakna hubungan sesama ahli boleh terjejas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here