SPRM hakim
Gambar hiasan

KANGAR – Seorang penjawat awam di sebuah jabatan kerajaan negeri Perlis yang direman bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu berjumlah RM132,000 telah dilepaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 28 tahun yang dipercayai membuat tuntutan palsu berkaitan bayaran sagu hati kepada saudara baharu dari 2022 hingga 2024 itu, dilepaskan semalam selepas tempoh reman enam hari berakhir, namun SPRM Perlis masih meneruskan siasatan lanjut.

“Siasatan masih diteruskan, setakat ini belum ada tangkapan baharu,” kata sumber itu hari ini.

Pada Selasa lepas, media melaporkan lelaki tersebut berperanan mengumpulkan dokumen saudara baharu dan dipercayai membuat tuntutan palsu untuk sumbangan yang melibatkan 49 saudara baharu dari tahun 2022 hingga 2024.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis Mohd Nor Adha Ab Gani ketika dihubungi mengesahkan bahawa lelaki itu telah dilepaskan dengan jaminan SPRM dan memaklumkan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here