SINTOK – Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Datuk Prof Dr Mohammad Shatar Sabran menyarankan pensyarah di Universiti Utara Malaysia (UUM) agar menonjolkan diri dengan membina kredibiliti dan imej yang kukuh, demi memperkukuhkan reputasi universiti di peringkat nasional serta global.
Beliau berkongsi pandangan tersebut dalam sesi khas bersama 180 pensyarah muda dan Profesor Madya di Dewan Seminar, Pusat Konvensyen UUM, baru-baru ini.
‘Nama universiti tidak akan melonjak tanpa sokongan para pensyarah kerana kehebatan universiti ini selalunya diukur melalui keupayaan dan kebolehan pensyarah dalam menterjemahkan kecemerlangan akademik,’ ujarnya.
Oleh itu dalam pasaran global yang semakin sengit sekarang pensyarah perlu menonjolkan kepakaran masing-masing agar dapat membawa nama universiti ke tahap yang lebih tinggi.
Formula ini sangat strategikForperlu dilakukan dengan memperbaiki pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran serta mengambil peranan aktif dalam mempromosikan kehebatan program akademik yang diiktiraf oleh MQA.
“Sokongan MQA amat penting untuk memastikan semua program akademik memenuhi piawaian kualiti dan diiktiraf. Oleh itu, pensyarah perlu bekerja secara sinergi untuk menghasilkan program yang relevan dan berimpak tinggi,” tambah beliau pada sesi perjumpaan ini.
Program anjuran Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Sumber Manusia ini diadakan sempena kunjungan hormat beliau untuk bertemu Naib Canselor UUM Prof Datuk Dr Mohd Foad Sakdan dan mengadakan sesi dialog bersama dekan serta ketua-ketua jabatan di kampus ini. – MalaysiaGazette