Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) berama-sama Profesor Diraja Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas (tengah) ketika hadir pada Syarahan Perdana "Islam: The Covenant Fulfilled" di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 26 JANUARI 2025.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Perpustakaan Syed Muhammad Naquib al-Attas kini muncul sebagai pusat rujukan penting dalam bidang keilmuan Islam.

Beliau berkata, ini kerana perpustakaaan yang terletak di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) memiliki koleksi semasa  yang dianggarkan melebihi 150,000 judul.

Justeru, menurutnya, kerajaan bercadang menaik taraf Perpustakaan Syed Muhammad Naquib di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kepada perpustakaan bertaraf premier.

“Perpustakaan itu nanti bakal menjadi perpustakaan premier mengenai Islam dan Asia Tenggara.

“Kerajaan akan mengambil inisiatif untuk menaik taraf Perpustakaan Syed Muhammad Naquib Al-Attas di ISTAC dengan koleksi terkini yang dianggarkan mempunyai lebih 150,000 naskah.

“Kita berdoa kepada Allah SWT agar generasi akan datang dapat mengambil inspirasi dan manfaat daripada khazanah ilmu yang diwariskan oleh tokoh ilmuan Islam terkemuka ini,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) berama-sama Profesor Diraja Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas (tengah) ketika hadir pada Syarahan Perdana “Islam: The Covenant Fulfilled” di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 26 JANUARI 2025.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Syarahan Perdana Professor Diraja Terpuji Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur malam ini.

Turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, Syed Muhammad Naquib merupakan sarjana yang mampu mengupas perjanjian primordial antara Tuhan dan manusia dengan kejelasan yang menginspirasikan.

Perdana Menteri turut berkongsi pengalaman peribadinya sebagai salah seorang pelajar Syed Muhammad Naquib dan mengakui bahawa karya Islam and Secularism yang diterbitkan lebih empat dekad lalu memberi kesan mendalam dan kekal relevan hingga kini.

“Beliau dengan penuh semangat menjelaskan konsep-konsep seperti din, ‘adl, hikmah, adab, dan ta’dib, yang saya cuba terapkan dalam sistem pendidikan ketika menjadi Menteri Pendidikan pada era 1980-an,” jelasnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) berjalan berama-sama Profesor Diraja Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas (tengah) ketika hadir pada Syarahan Perdana “Islam: The Covenant Fulfilled” di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 26 JANUARI 2025.

Anwar memberitahu, keutamaan maruah Melayu dan kekuatan sedia ada dibina di atas asas nilai Islam di mana aspek yang perlu diulangi pada hari ini.

Kata beliau, ia telah diketengahkan dalam beberapa buku yang ditulis oleh Dr Syed Muhammad Naquib sebelum ini.

“Ini adalah aspek yang memerlukan pengulangan terutamanya pada hari ini dan bukannya terlibat dalam khayalan yang disebabkan oleh diri sendiri tentang ‘Melayu hilang kuasa’ dan akibatnya menjadi histeria dalam menegakkan ketuanan Melayu’” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here