Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Saari bercakap ketika sidang media pada program Pemeriksaan pematuhan Skim Harga Maksimum Musin Perayaan Tahun Baru Cina dan Jualan Rahmah Madani oleh KPDN Selangor di Pasaraya NSK Kota Damansara, Selangor. Foto HARI ANGGARA, 26 JANUARI 2025.

KOTA DAMANSARA – Kerajaan Negeri Selangor memandang serius kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah yang melibatkan tujuh kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Klang.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap pegawai yang terbukti bersalah dalam kes ini.

“Kesalahan ini dikesan semasa peralihan sistem pengurusan tanah daripada manual ke sistem e-tanah, yang bertujuan meningkatkan kecekapan dan ketelusan.

“Kami dapati ada pegawai terlibat berkomplot dengan pihak lain semasa peralihan daripada sistem manual kepada e-tanah.

“Ini bukan tindakan individu, tetapi satu pergerakan yang tersusun. Mereka memanfaatkan kelemahan semasa peralihan sistem untuk memalsukan pertukaran nama,” kata Amirudin dalam sidang media dalam sidang media selepas menghadiri ‘walk about’ pemeriksaan SHMMP, di NSK Kota Damansara, hari ini.

Amirudin berkata, pihaknya tidak akan bertindak melulu.

Namun, pegawai terbabit telah berada dalam perhatian dan mereka mungkin akan digantung tugas sementara menunggu hasil siasatan.

“Tindakan disiplin pasti akan diambil jika mereka terbukti bersalah,” tegas beliau.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan kepentingan terhadap kawalan keselamatan sistem ini bagi menutup ruang manipulasi di masa hadapan.

“Sistem ini perlu diperketatkan, bukan hanya untuk mencegah pencerobohan tetapi juga untuk menghalang penyalahgunaan kuasa oleh pegawai dalaman.

Ketua Pejabat Tanah Daerah dan Pentadbir Tanah Galian (PTG) juga bertanggungjawab memastikan SOP diperkemaskan,” tambahnya.

Amirudin turut memberi amaran kepada mana-mana pegawai atau individu yang berniat jahat, tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.

“Jika anda melakukan kesalahan, lambat laun anda akan terperangkap. Kerajaan Selangor akan terus meningkatkan usaha untuk membanteras penyalahgunaan kuasa dan rasuah,” tegasnya.

Tujuh kakitangan PDT Klang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah.

Kegiatan ini dipercayai berlaku apabila pegawai terlibat memanfaatkan kelemahan sistem semasa peralihan kepada teknologi baharu.

Sindiket ini mensasarkan tanah kosong dan terbiar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here