logo gari
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Polis menahan 14 lelaki tempatan kerana disyaki menjalankan aktiviti perjudian di sebuah rumah di Jalan Seri Binjai 3, Taman Seri Binjai, di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohamad Hatta Che Din berkata, kesemua lelaki dalam lingkungan 34 hingga 62 tahun itu ditahan menerusi serbuan pada pukul 12.01 tengah malam.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas sebuah meja yang mempunyai lukisan perjudian Holo, dadu (dua), piring seramik (satu), mangkuk seramik (satu), kerusi (12) serta wang tunai RM19,168,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, dan kesemua suspek direman selama tiga hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here