Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Polis mengenal pasti 21 lokasi blackspot atau kawasan kerap berlaku kemalangan ketika musim perayaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Terengganu tahun ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, ia termasuk lima lokasi di daerah Besut, Marang (empat lokasi), Hulu Terengganu (tiga lokasi) dan masing-masing dua lokasi di Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu dan Setiu serta satu lokasi di Kuala Nerus.

Beliau berkata, polis juga mengenal pasti 34 lokasi yang kerap berlaku kesesakan disebabkan pertambahan kenderaan keluar masuk ketika musim perayaan di negeri itu.

“Polis akan menempatkan lebih 400 anggota, yang akan bertugas melakukan rondaan dan ditempatkan secara statik di lokasi blackspot sempena Op Selamat ke-23 yang bermula Selasa ini.

“Pasukan itu akan bertugas selama 24 jam secara syif bagi memantau, melancarkan perjalanan trafik dan membantu orang ramai yang memerlukan,” katanya pada Kempen Keselamatan Jalan Raya Tahun Baharu Cina 2025 Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Shah Bandar di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri Maliaman Kassim dan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu Mohd Zamri Samion.

Dalam pada itu, Mohd Khairi berkata, 188 kes kemalangan direkodkan sepanjang Op Selamat ke-21 berbanding 205 kes pada Op Selamat ke-19.

Bagaimanapun, jumlah saman yang dikeluarkan sepanjang Op Selamat ke-21 meningkat kepada 13,405 berbanding 4,531 pada Op Selamat ke-19.

“Kita akan meningkatkan penguatkuasaan bagi mengurangkan kadar kemalangan termasuk kemalangan maut,” katanya. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here