Pasukan penyelamat menemukan mayat mangsa, Syed Khalid Syed Ahmad Munshee pada hari ke tiga operasi mencari dan menyelamat.

ROMPIN – Mayat seorang lelaki yang  terjatuh dari sebuah bot di Jeti Sungai Puteri, Kuala Rompin pada Sabtu lalu ditemukan lemas hari ini.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohamad Zamri Mohamad Zaber berkata, mangsa ditemukan di Benting Pasir, Pantai Bernas kira-kira jarak satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh.

”Mayat mangsa dijumpai oleh pasukan penyelamat dan orang awam pukul 11.45 pagi tadi. Mayat mangsa dibawa ke Hopital Rompin bagi tujuan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan.

Operasi pencarian mangsa, Syed Khalid Syed Ahmad Munshee, 50, dimulakan pada petang 26 Januari lalu susulan laporan insiden lemas terhadap mangsa telah dibuat. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Lelaki dihanyut arus selepas terjatuh bot di Jeti Sungai Puteri

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast