Madelena Mohamed

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pelantikan Madelena Mohamed sebagai Penolong Gabenor, berkuat kuasa pada 1 Februari 2025.

Madelena akan bertanggungjawab ke atas sektor baharu iaitu sektor Strategi dan Kelestarian, yang merangkumi Pejabat Gabenor, Jabatan Undang-Undang, Jabatan Komunikasi Strategik dan Unit Kelestarian.

Beliau memulakan kerjaya beliau di BNM pada tahun 1993 dengan berkhidmat di Jabatan Ekonomi.

Sepanjang 32 tahun, beliau telah memegang peranan kepimpinan termasuk sebagai pengarah di beberapa jabatan iaitu Jabatan Kewangan Islam, Jabatan Pemantauan dan Pengawasan Kewangan, Jabatan Dasar Kewangan Pruden, dan yang terbaharu di Unit Kelestarian.

Madelena memiliki ijazah dalam bidang Ekonomi, dengan pengkhususandalam Perakaunan dan Kewangan dari London School of Economics and
Political Science dan memegang sijil Chartered Financial Analyst (CFA). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here