Yahaya Othman

KUANTAN – Seorang peniaga berputih mata apabila mengalami kerugian hampir RM166,000 dalam tempoh 20 hari setelah terpedaya dengan sindiket penipuan atas talian.

Added: Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa mangsa seorang lelaki berumur 26 tahun berminat untuk menyertai skim pelaburan dikenali YTLM Data pada 31 Disember 2024.

”Mangsa telah diberikan pautan untuk mendaftar sebagai ahli pelaburan tersebut di laman sesawang ytlmdata.com.

“Suspek telah menjanjikan keuntungan sebanyak 6% sehingga 19% daripada modal yang dilabur.

”Dalam tempoh 1.1.2025 hingga 20.1.2025, mangsa telah memindahkan sejumlah RM165,975.65 dari akaun wang simpananannya ke lima akaun bank berbeza kepada suspek,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Yahaya berkata mangsa mulai curiga setelah suspek meminta membuat pelbagai bayaran bagi membolehkan hasil pelaburan dikeluarkan.

Pihak Polis Pahang menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan sindiket pelaburan tidak wujud dan jangan mudah terpengaruh dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here