Gambar ihsan YADIM

KUALA LUMPUR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menganjurkan Program Israk Mikraj 1446H Solat Anugerah Teragung Untuk Ummah “Keadilan Untuk Orang Bersolat” bagi menyambut peristiwa bersejarah umat Islam tersebut.

Ia diadakan serentak di 24 lokasi di seluruh negara baru-baru ini, kata satu kenyataannya semalam.

Penganjuran program itu selaras dengan tema ‘Islam Mekar Di Bumi Malaysia’ oleh Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang menekankan kerjasama dan tanggungjawab setiap agensi untuk meninggikan syiar Islam.

Perasmian program telah disempunakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Zamri Zainal Abidin di Surau Ar Rayyan, Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Larai, Presint 6, Putrajaya semalam.

Zamri dalam ucapannya memberi penekanan tentang kepentingan solat dan bagaimana ia memberi kesan kepada pembangunan negara.

Jelas beliau, YADIM mahu menanamkan rasa mahu melaksanakan ibadah tersebut dengan sebaiknya di dalam kalangan para peserta sejak mereka kecil lagi.

Katanya, lebih 3,000 peserta terdiri daripada kanak-kanak dan remaja terlibat menyertai program anjuran YADIM di seluruh negara.

Hadir sama dalam program perasmian ialah Setiausaha Surau Ar Rayyan, Muhd Hafiz Abdul Azir, Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda YADIM, Shahrizal Mat, Pengarah Bahagian Pembangunan Du’at, Rohaizah Jawahir serta pengurusan surau berkenaan.

Pengisian bagi program di setiap lokasi berkenaan termasuklah sesi tahsin ibadah solat, ceramah dan sesi bedah buku “Keadilan Untuk Orang Bersolat” yang ditulis sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Para penceramah bagi program ini terdiri daripada Ahli Zamalah YADIM serta Daie Muda YADIM di seluruh negara.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here